BOON Wah (kiri) dan Julian menyerahkan tiket perlawanan kepada Husain (tengah) di Balai Berita, semalam.
BOON Wah (kiri) dan Julian menyerahkan tiket perlawanan kepada Husain (tengah) di Balai Berita, semalam.
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


Kuala Lumpur: Pembaca setia Harian Metro (HM) yang mahu menyaksikan perlawanan antara Liverpool FC menentang Malaysia XI di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 Julai ini boleh berbuat demikian dengan mendapatkan 500 tiket percuma bernilai antara RM158 dan RM328.

Kejutan itu diumumkan Pengarah Urusan ProEvents International Sdn Bhd San Boon Wah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Julian Kam ketika penyerahan tiket kepada Pengarang Bersekutu (Rencana) HM Husain Jahit di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad, semalam.

Perlawanan anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dipromosikan ProEvents International itu dijangka membawa aksi menghiburkan seperti pada 2011.

Tiket boleh diperolehi menerusi Unit Pemasaran NSTP di talian 1-300-22-6787. Agihan tiket bagaimanapun tertakluk kepada terma dan syarat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 7:35 AM