BOON Wah (kiri) dan Ketua Pengarah Eksekutif  ProEvents Group Julian Kam mempamerkan motorsikal SYM E Bonus 110 yang bakal dimenangi.
BOON Wah (kiri) dan Ketua Pengarah Eksekutif ProEvents Group Julian Kam mempamerkan motorsikal SYM E Bonus 110 yang bakal dimenangi.

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak yang akan menyaksikan perlawanan Liverpool FC menentang Malaysia XI berpeluang memenangi sebuah motorsikal SYM E Bonus 110 menerusi cabutan bertuah.

Dianjurkan Persatuan Bolasepak Malaysia dan dipromosikan ProEvents International Sdn Bhd, perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil 24 Julai ini dengan sepak mula pada jam 8.45 malam.

“Sama ada anda peminat Liverpool mahupun peminat bola sepak secara umum, perlawanan ini menjanjikan satu aksi menghiburkan sepertimana pada 2011. Sekiranya anda masih ingat, Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri lautan penyokong The Reds dengan kehadiran 85,000 orang,” kata Pengarah Urusan ProEvents International San Boon Wah.

“Peminat di Malaysia men
dapat peluang terawal menyaksikan pemain baru Liverpool beraksi setelah kelab itu mengesahkan Danny Ings dan James Milner menyertai pasukan dalam jelajah ini.”

Peminat perlu membeli tiket perlawanan Liverpool FC menentang Malaysia XI dan layak secara automatik untuk cabutan bertuah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Julai.

Tiket perlawanan berharga RM58 (pelajar), RM88, RM158, dan RM228 dengan tiket VIP terhad RM428 and RM328.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2015 @ 6:28 AM