SEORANG paderi membaptis buaya berkenaan sebelum dia dikahwinkan dengan Rojas (dua dari kanan).
SEORANG paderi membaptis buaya berkenaan sebelum dia dikahwinkan dengan Rojas (dua dari kanan).
AFP

Mexico CIty: Datuk Bandar San Pedro Huamelula Joel Vazquez Rojas melangsungkan perkahwinan dengan seekor ‘puteri buaya’ yang dinamakan Maria Isabel dalam majlis tradisi yang disaksikan ratusan penduduk, kelmarin.

Acara tahunan itu dipercayai dapat membanyakkan ikan, udang dan haiwan laut lain untuk nelayan yang tinggal di bandar pantai Pasifik berkenaan.

Ia hari yang sibuk bagi buaya bertuah itu. Dengan pakaian serba putih dan pita dililit pada muncungnya, pengantin perempuan itu dibaptis sebelum majlis berlangsung.

Seperti majlis perkahwinan lain, acara itu juga disusuli dengan pesta besar-besaran dengan isteri baru Rojas itu dipakaikan dengan pakaian lebih berwarna-warni.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2015 @ 7:07 AM