HUGO Sosa mencium aligator yang dipakaikan baju putih pada majlis ‘perkahwinan’ mereka. foto Reuters
HUGO Sosa mencium aligator yang dipakaikan baju putih pada majlis ‘perkahwinan’ mereka. foto Reuters
BERNAMA

Mexico City: Datuk Bandar sebuah bandar kecil Mexico San Pedro Huamula, Victor Hugo Sosa 'berkahwin' dengan seekor aligator dalam satu upacara, meraikan asal usulnya dan meminta nasib baik untuk komunitinya, lapor Agensi Anadolu.

Aligator adalah reptilia besar yg rupanya seakan-akan buaya, biasanya boleh ditemukan di tasik dan sungai di Amerika dan China

Perkahwinan itu diraikan pada Khamis dengan muzik rakyat dari salah satu wilayah Mexico yang paling kaya dengan budaya dan kepelbagaian, tradisi yang biasa kepada penduduk Chontales dan Huaves di San Mateo del Mar, tempat asal Hugo Sosa.

Reptilia berusia tujuh tahun yang memakai pakaian putih biasa mewakili alam semula jadi.

Menurut ritual, perkahwinan antara 'dewa' dan pemimpin masyarakat mewakili kesatuan antara ketuhanan dan kemanusiaan.

Upacara itu menunjukkan sinkretisme yang biasa berlaku di seluruh komuniti orang asli dan budaya Mexico, di mana tradisi pra-Hispanik dikaitkan dengan amalan Katolik.

"Perkahwinan saya dengan binatang, tradisi ini unik di bandar kami... ia menandakan penyatuan dua budaya, orang Huave di San Mateo del Mar dan bandar kami San Pedro Huamelula, penyatuan dua budaya," kata Hugo Sosa.

Terdapat 13 komuniti orang asli yang berbeza di negeri Oaxaca, yang terletak di tenggara Mexico.

Penduduk Huave berasal dari Mexico pra-Hispanik, dengan beberapa sumber menunjukkan komuniti itu berasal dari Nicaragua.

Tidak seperti budaya lain yang menentang keras pencerobohan Sepanyol, orang asal Huave kononnya mempunyai hubungan dengan penceroboh Sepanyol.

Menurut bancian terakhir pada 2020, 6.1 peratus daripada penduduk Mexico yang berumur tiga tahun ke atas bercakap bahasa asli, mewakili lebih tujuh juta orang.

Di samping itu, banci yang sama melaporkan 11.8 juta orang tinggal dalam isi rumah orang asli.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 12:12 PM