KACANG pool antara hidangan unik yang disediakan Hotel Novotel.
KACANG pool antara hidangan unik yang disediakan Hotel Novotel.

Hidangan tradisional sememangnya menjadi pilihan ramai pada Ramadan. Bagai tidak lengkap berbuka puasa tanpa menu popular seperti kuih-muih, lauk kampung dan air selasih.

Tanpa mengetepikan kelaziman itu, Hotel Novotel Kuala Lumpur mengetengahkan menu tradisional dengan puluhan hidangan popular antaranya ikan asam pedas, sotong berempah, lontong goreng, mi rebus tulang, kacang pool dan daging kurma.

Selain itu, menu Ramadan kali ini dimeriahkan dengan variasi sajian pembuka selera dan pencuci mulut seperti ulam-ulaman, varisi salad, pastri, tartlet buah-buahan, pisang goreng berkeju dan beberapa pilihan minuman enak.

Berteraskan kepada konsep Bazar Ramadan atau ‘param’ (bahasa pasar dalam kalangan masyarakat), menu yang dihasilkan oleh Cef Eksekutifnya, Cef Huzaidy Samson ini tidak ketinggalan menyertakan hidangan popular Cina dan India.

Ikan kukus mentega pasti menambat selera terutama apabila ia disediakan bersama sos sze chuan. Begitu juga tauhu masak daging dan flos ayam yang lembut selain Lo Han Chai iaitu sayuran yang digoreng dengan sos soya.

Murtabak dan ediyappam, ayam shawarma pula adalah antara sebahagian hidangan unik masyarakat India yang turut disediakan.

Bagi peminat hidangan Oriental, Barat dan fusion pula boleh mencuba menu seperti salmon bersama sitrus, spageti dan pasta bolognaise.

Layari www.novotelklcitycentre.com atau e-mel ke [email protected] untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 5:01 AM