BARISAN cef handal yang menyajikan hidangan istimewa HRHPP.
BARISAN cef handal yang menyajikan hidangan istimewa HRHPP.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Hotel Hard Rock Pulau Pinang (HRHPP) menyajikan ‘Makan Malam Rock of Prosperity’ dalam pelbagai pilihan menu di Restoran Star Diner pada 7 dan 8 Februari depan.

Hidangan istimewa selama dua hari itu disediakan barisan cef berpengalaman selain bahan yang digunakan dikatakan mampu memberikan tuah dan masa depan lebih baik.

Penolong Pengurus Pemasaran dan Komunikasi HRHPP Angeline Chen berkata, menu makan malam itu menampilkan kombinasi pelbagai masakan Cina, bermula dengan yee sang yang dihasilkan daripada isi ikan salmon mentah, abalon, jeli ikan dan ginseng segar.

Katanya, HRHPP turut menyediakan kombinasi plater yang terdiri popia de­ngan sos mangga, itik panggang sos nanas, salad betik dengan sotong dan hirisan ayam dengan jeli ikan bersos tiram.

“Selain itu, pengunjung boleh mencuba keenakan masakan seperti ‘Golden Vegetarian Shark Fin’ yang disediakan bersama isi ketam, nasi goreng Cina, ayam kukus bawang putih, kaki kambing dengan sos kicap, udang goreng tepung istimewa, ikan kukus gaya Hong Kong dan bermacam lagi.

“Bagi hidangan pencuci mulut, pengunjung disajikan leng chee kang, kek nasi cina, penkek Shanghai dan pelbagai kuih muih Cina.

“Set menu Tahun Baru Cina ini sesuai untuk dinikmati bersama keluarga serta rakan pada makan malam sempena majlis pertemuan semula. Harga bufet adalah RM99 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun,” katanya.

Angeline berkata, pada 1 hingga 13 Februari pula, Hard Rock Cafe menyajikan ‘Prosperity Rock Platter’ bermula dari harga RM160 untuk dua orang atau RM240 untuk tiga orang dari jam 11.30 pagi hingga 10.30 malam.

Katanya, pelanggan berpeluang menikmati sup pilihan harian bersama roti atau salad hijau terbaik manakala hidangan utama termasuk kentang rebus, nasi goreng ayam, ikan masak masam manis, ayam barbeku, burger mini, udang goreng de­ngan sos Thai, sandwic kambing dan kepak ayam dengan sos barbeku.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 5:26 AM