DUA Cef Eksekutif Hotel Eastin John Fong dan Mohd Fauzi bersama juadah istimewa Tahun Baru Cina.
DUA Cef Eksekutif Hotel Eastin John Fong dan Mohd Fauzi bersama juadah istimewa Tahun Baru Cina.

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina jadi lebih bermakna apabila berkunjung ke Hotel Eastin Pulau Pinang yang menyediakan pelbagai juadah terbaik sempena promosi bufet makan malam Tahun Baru Cina bermula dari 11 Januari hingga 17 Februari depan.

Pada harga RM128 bersih untuk dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak, Restoran Swez Brasserie menanti kunjungan anda bagi memeriahkan lagi Tahun Monyet pada tahun ini menerusi menu istimewa hasil air tangan barisan cef berpengalaman.

Set menu ditawarkan mempunyai daya tarikan dan kelazatan tersendiri dengan menampilkan yee sang istimewa dengan sup Szechuan yang diperkayakan dengan resipi bonda.

Lebih menarik, ia menampilkan hidangan utama istimewa seperti kari ikan remeo yang menjadi antara tarikan utama serta tanda jenama bagi Hotel Eastin.

Selain itu, sotong masak lemak, tandori kambing, ikan goreng dengan sos safron, udang harimau goreng telur masin, brokoli goreng bersama cendawan dan timun laut serta nasi goreng nanas.

Penolong Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Hotel Eastin Jeanize Low berkata, menu istimewa itu disediakan bagi meraikan pelanggan yang gemarkan makanan pelbagai cita rasa benua serta ingin menjamu selera bersama keluarga dan rakan.

Menurutnya, selain itu lapan jenis makanan laut termasuk udang galah, ketam, udang, udang kara serta kerang disediakan sebagai tarikan kepada penggemarnya manakala hidangan pencuci mulut seperti buah-buahan, kek, pastri, puding dan pelbagai kuih muih.

“Bermula 1 Januari hingga 13 Februari depan, Hotel Eastin Pulau Pinang turut mempromosikan pakej menu istimewa Valentine bermula dari RM388. Antara hidangan yang bakal disajikan ialah salmon carpaccio, sup cendawan, barramundi goreng dengan sos masam manis, fitel daging dengan kentang dan sos lada hijau, ayam masak sos herba dan bermacam lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 5:24 AM