KHUSYUK mendengar ucaptama daripada tetamu jemputan yang pakar dalam pelbagai bidang.
KHUSYUK mendengar ucaptama daripada tetamu jemputan yang pakar dalam pelbagai bidang.
Oleh Syahirah Abdullah


Seramai 400 peserta terdiri daripada ahli akademik, kakitangan kerajaan dan swasta dari dalam dan luar negara menyertai International Symposium On Products Of Islamic Civilization anjuran Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA), baru-baru ini.

Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Dr Mohamad Yusof Mohamed Nor berkata, program julung kali itu bagi membincangkan produktiviti, kualiti dan pe­ngedaran produk berasaskan Islam di peringkat antarabangsa.

"Simposium ini dianjurkan sebagai pembuka jalan kepada wacana ilmu yang berkaitan dengan hab halal serta produk," katanya.

Turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Yahaya Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Mohd Ikhwan Toriman.

Negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Thailand, Nigeria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 5:00 AM