AHLI kumpulan penyelidik UTHM bersama pingat utama di SIIF’15.
AHLI kumpulan penyelidik UTHM bersama pingat utama di SIIF’15.

Batu Pahat: Penyelidikan dan produk inovasi ciptaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima pengiktirafan peringkat antarabangsa apabila membolot beberapa anugerah utama di Seoul International Invention Fair 2015 (SIIF’15) di Seoul, Korea yang berlangsung dari 25 hingga 29 November lalu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Wahid Razzaly berkata, universiti terbabit memenangi dua anugerah khas, tujuh pingat emas, lima pingat perak dan satu pingat gangsa.

Beliau berkata, ia hasil penyelidikan dan ciptaan produk oleh kumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan selain Fakulti Teknologi Kejuruteraan yang keseluruhannya memperoleh dua anugerah khas, tujuh pingat emas, lima pingat perak dan satu pingat gangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 5:12 AM