Oleh Lokman Zainal Abidin - Aziman Rosdi & Ferzalfie Fauzi

Singapura: Skuad badminton wanita negara gagal mengulangi pencapaian 2009 apabila sekadar meraih perak selepas tewas 3-0 kepada Thailand dalam perlawanan akhir Sukan SEA 2015 di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi.

Perseorangan pertama Lim Yin Fun tumpas kepada kepada bekas juara dunia, Ratchanok Intanon 13-21, 14-21, manakala pasangan beregu Amelia Alicia Asmcelly-Soong Fie Cho kalah 20-22, 18-21 di tangan Puttita Supajirakul-Sapsiree Taerattanchai.

Ho Yen Mei pula kalah kepada Busanan Ongbumrungpan 8-21, 15-21.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 2:49 PM