model menunjukkan KFC Ayam Kicap Meletup pada majlis pelancaran KFC Ayam Kicap Meletup di Pavillion.
model menunjukkan KFC Ayam Kicap Meletup pada majlis pelancaran KFC Ayam Kicap Meletup di Pavillion.

Kuala Lumpur: QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd (QSR Brands), pemegang francais restoran makanan segera KFC optimis mampu mencapai sasaran jualan campuran sebanyak 20 peratus bersandarkan kepada pengenalan hidangan terbarunya, Ayam Kicap Meletup.

Ketua Pegawai Pemasaran Digital dan Teknologi Maklumat KFC Malaysia, Ahmad Taufek Omar berkata, produk terbaru itu diberikan sentuhan tempatan demi memenuhi citarasa pelanggan sepanjang menyambut Ramadan selain ingin meraikan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Memandangkan ia mempunyai khasiat tersendiri serta kelazatan yang memikat hati, pelanggan kini boleh menikmati hidangan lengkap yang enak ini sebagai juadah berbuka puasa di semua cawangan di seluruh negara,” katanya selepas pelancaran menu terbaru KFC, di sini, semalam.

Menurutnya, menu terbabit hasil gabungan rempah-ratus dan aroma kicap unik yang diadun bersama ayam rangup bagi menghasilkan satu rasa yang membangkitkan kelazatan sebenar ayam goreng.

Ketika ditanya mengenai had tempoh promosi, Ahmad Taufek berkata tiada had tertentu, namun mereka mempunyai perancangan untuk mengekalkan produk itu sehingga musim perayaan Aidilfitri atau sementara stok masih ada.

Selain itu, KFC juga menawarkan set kutleri tahan karat dan pemegang porselin Candy Crush dalam empat reka bentuk berbeza yang berwarna-warni edisi terhad sempena promosi kali ini.

KFC Ayam Kicap Meletup boleh didapati dalam dua pilihan kombo berbeza iaitu Kombo Oriental, hidangan sampingan antara nasi dan kuah gravi atau Kombo Barat dengan kentang goreng pada harga RM10.95 setiap satu set.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 1:41 PM