KAKITANGAN KFC bersama menu terbaru ayam goreng pedas sos keju.
KAKITANGAN KFC bersama menu terbaru ayam goreng pedas sos keju.

Kuala Lumpur: KFC Malaysia berusaha memikat selera pelanggannya dengan memperkenalkan gabungan dua rasa idaman iaitu ayam goreng Hot & Spicy dengan sos keju Romano premium bagi mencetuskan citarasa yang menggamit selera.

Dengan slogan ‘Apabila keju dan pedas, dua rasa idaman bersatu!’ KFC Hot & Cheezy menampilkan ayam goreng Hot & Spicy ranggup dilimpahi sos keju premium yang mampu membangkitkan keenakan ayam goreng kegemaran ramai.

Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing, Angelina Villanueva berkata, pihaknya mencipta menu terbaru itu berdasarkan peningkatan jumlah pengguna global yang menginginkan makanan jenis gourmet, tetapi mudah dihidang dan dimakan.

“Selain pedas, penambahan sos keju pada hidangan menjadi trend yang menular dalam kalangan rakyat Malaysia dan saya yakin produk baru ini akan digemari ramai.

“Pelanggan dan penggemar KFC berpeluang menikmati keenakan sos keju Romano premium dengan ayam goreng Hot & Spicy dalam kombo lengkap pada harga hanya RM10.95, manakala penggemar burger boleh menikmati keenakan sos sama dalam KFC Hot & Cheezy burger pada harga RM9.95.

Ia dihidangkan dengan kentang rangup dan minuman,” katanya selepas merasmikan pelancaran KFC Hot & Cheezy, di sini, semalam.

Kelazatan menu itu diperluaskan dalam bentuk burger yang diperkaya dengan limpahan sos keju berkrim di atas kepingan Zinger pedas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 6:33 AM