KEADAAN kereta mangsa yang remuk akibat rempuhan.
KEADAAN kereta mangsa yang remuk akibat rempuhan.
Oleh Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Jalan Megat Harun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, jam 2 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, suspek yang dipercayai mabuk berkenaan difahamkan memandu dengan laju di jalan itu.

Lelaki berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh belakang treler berkenaan.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) bagi tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 12:29 PM