MANGSA kemalangan dua motosikal dan kereta. FOTO ihsan pembaca
MANGSA kemalangan dua motosikal dan kereta. FOTO ihsan pembaca
MANGSA maut ketika menerima rawatan di hospital. FOTO ihsan pembaca
MANGSA maut ketika menerima rawatan di hospital. FOTO ihsan pembaca
Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan babitkan dua motosikal dan kereta di Jalan Kulim, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, dua penunggang berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke Kulim, Kedah.

Difahamkan, dua motosikal itu gagal dikawal sebelum bergesel sesama sendiri menyebabkan sebuah daripadanya merempuh belakang kereta yang diletakkan di bahu jalan menyebabkan dia terperosok di situ.

Kedua-dua mangsa yang parah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) bagi tindakan selanjutnya sebelum mangsa berusia 71 tahun yang terperosok di cermin kereta maut di hospital.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Penguasa Bomba Kanan II, Mahadi Alwi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.04 tengah hari sebelum tiba di lokasi pada 12.11.

Katanya, kedua-dua mangsa diberikan bantuan kecemasan oleh pihaknya sebelum dihantar ke HBM menaiki ambulans.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 6:49 PM