Buku masakan berorientasikan pendekatan menarik untuk menyediakan hidangan pasta yang mudah, ringkas dan menjimatkan kos.

Himpunan resipinya disusun dengan baik sambil disertakan variasi sos daripada pesto ke bolognese hinggalah alfredo. Tidak lengkap hidangan pasta tanpa salad dan Kate menghamparkan pelbagai resipi salad yang menarik.

Tidak ketinggalan disertakan beberapa tip dan rahsia keluarga, selain penampilan grafik serta foto yang teratur.

Judul: Pasta Night

Penulis: Kate McMillan

Penerbit: Weldon Owen

Harga: RM75.95

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 12:06 PM