Erra sudah bertudung. FOTO ihsan Erra
Erra sudah bertudung. FOTO ihsan Erra
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, ini berkat doa semua, keluarga dan teman."

Itu reaksi pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Erra Fazira, 41, mengenai penampilan terbarunya yang kini bertudung.

Erra yang mula bertudung sejak semalam berkata, penghijrahannya itu sudah lama mahu dilakukan tetapi ada saja alasan yang membuatkan hasratnya itu tertangguh.

"Sebelum ini hati sudah kuat mahu bertudung, cuma kadangkala ada banyak alasan membuatkan niat itu tertangguh.

“Bagaimanapun, pada malam Nisfu Syaaban kelmarin, saya berdoa semoga ditetapkan niat.

"Pada keesokan harinya (semalam) saya terus memakai tudung. Sebelum keluar menghantar anak saya, Aleesya ke sekolah. Saya bertanya kepadanya mengenai penampilan terbaru saya dan dia suka. Begitu juga dengan ibu yang turut memberi reaksi sama,” katanya.

Sementara itu, Erra menafikan dia bertudung kerana mahu berkahwin seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 1:56 PM