PEMAIN Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad (tengah), menanduk bola ketika keadaan kucar kacir di hadapan pintu gol pasukan Vietnam. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PEMAIN Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad (tengah), menanduk bola ketika keadaan kucar kacir di hadapan pintu gol pasukan Vietnam. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PEMAIN Malaysia, Matthew Thomas (tengah) diasak pemain Vietnam, Ho Ngoc Thang (kiri). FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
PEMAIN Malaysia, Matthew Thomas (tengah) diasak pemain Vietnam, Ho Ngoc Thang (kiri). FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
PEMAIN Vietnam, Huy Toan Vo (dua kiri), maraikan jaringan gol ketiga. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PEMAIN Vietnam, Huy Toan Vo (dua kiri), maraikan jaringan gol ketiga. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Daripada Aziman Rosdi & Ferzalfie Fauzi di Singapura


Singapura: Skuad bawah 23 tahun (B-23) memilih laluan sukar untuk mara ke separuh akhir Sukan SEA 2015 Singapura apabila tumpas 1-5 kepada Vietnam dalam perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Bishan, hari ini.

Vietnam berada di depan pada minit ke-14 apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas Adam Nor Azlin mengasari Vo Huy Toan.

Mac Hong Quan tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol negara, Mohd Farhan Abu Bakar.

Pasukan bimbingan Toshiya Miura menambah gol kedua hasil rembatan deras Nguyen Thanh Hien pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas menerima hantaran daripada Ho Ngoc Thang.

Sebaik separuh masa kedua bermula Vietnam B-23 berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-46 hasil sepakan penalti Huy Toan selepas Farhan menjatuhkan Cong Phuong di dalam petak penalti.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee terus dirundung malang apabila ketinggalan 0-4 hasil jaringan Cong Phuong melalui sepakan percuma dari sebelah kanan pintu gol Malaysia.

Gol tunggal skuad B-23 negara terhasil pada minit ke-77 selepas Syahrul Azwari Ibrahim merembat masuk bola dari dalam petak penalti.

Selang dua minit kemudian Vietnam menambah gol kelima hasil sepakan lambung Nguyen Van Toan.

Malaysia bakal meneruskan saingan Kumpulan B menentang Thailand Khamis ini di Stadium Bishan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 10:48 PM