Jakarta: Penyanyi seksi, Julia Perez turut meluahkan perasaan marahnya terhadap polemik Persatuan Sepak bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi akaun Twitternya, Julia yang popular dengan panggilan Jupe berkata, dia kecewa dengan skandal yang menimpa badan induk bola sepak negara itu.

“Aku mahu telanjang di stadium sekiranya bola sepak tidak lagi mengghairahkan.

“Mana janji mu untuk memperjuangkan sukan bola sepak? Ah! aku sangat kecewa,” katanya.

Jupe yang popular dengan lagu Aku Rapopo itu juga tidak peduli sekiranya pengurusan PSSI berselisihan faham asalkan tidak merosakkan sukan nombor satu negara itu.

Dia juga berharap semua masalah yang menimpa PSSI segera diselesaikan demi masa depan sukan bola sepak negara itu.

“Saya tidak peduli sekiranya mereka mahu bergaduh, tetapi saya peduli dengan harapan anak bangsa yang bercita-cita menjadi pemain bola sepak.

“Mari kita sama-sama perjuangkan masa depan bola sepak Indonesia,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 10:02 AM