JUPE di Jabal Rahmah, Makkah.
JUPE di Jabal Rahmah, Makkah.

Jakarta: Bintang yang terkenal dengan penampilan seksi, Julia Perez, sekali lagi memakai pakaian lebih sopan selepas kembali dari Makkah mengerjakan umrah.

Dia yang baru saja sembuh daripada penyakit kanser serviks dilaporkan mula memilih pakaian supaya menutup auratnya.

Bagaimanapun, dia masih belum bertudung .

Kata selebriti yang lebih dikenali sebagai Jupe itu, dia semakin berusia dan perlu lebih teliti berpakaian.

“Saya yakin ini adalah satu daripada langkah untuk saya menutup aurat sepenuhnya,” katanya.

Sebelum ini Jupe mengakui dia belum mampu mengikuti jejak seorang lagi selebriti tempatan, Laudya Cynthia Bella yang ‘berhijrah’ lebih awal.

Jupe mengakui sebelum ini dia gemar mempamerkan aset yang ada di tubuhnya, terutama kerana saiznya yang lebih menonjol berbanding wanita lain. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 7:25 AM