Jakarta: Penyanyi dangdut, Julia Perez (Jupe) dilaporkan masih berada di sebuah hospital di Singapura untuk mengubati penyakit kanser serviksnya.

Kata Jupe, ada beberapa proses rawatan lagi yang perlu dijalani sebelum dibenarkan keluar.

“Saya yakin saya kuat menghadapi proses itu, termasuk prosedur radioterapi,” katanya.

Jupe yang pernah menjadi duta produk kondom berkata, dia juga mengisi masa lapangnya dengan sentiasa mengemas kini keadaannya melalui Twitter.

Tidak ketinggalan, gambarnya di hospital itu dari semasa ke semasa.

‘Kegigihan’ itu mendapat reaksi daripada peminatnya di Indonesia apabila mereka beramai-ramai menyatakan simpati terhadap Jupe. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:08 AM