ANTARA dadah yang yang dirampas polis.
ANTARA dadah yang yang dirampas polis.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah berjaya melumpuhkan satu makmal dadah yang menggunakan inap desa di Jalan Langgar di sini dan merampas dadah jenis heroin seberat 28.43 kilogram bernilai RM1 juta sebelum menahan empat lelaki dan seorang perempuan berusia 28 hingga 50 tahun Sabtu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, serbuan dijalankan bermula 1.45 pagi hingga 8.15 pagi itu berjaya membongkar satu makmal dadah didalangi lima ahli sindiket.

Menurutnya, mereka turut menggunakan inap desa terbabit sebagai tempat memproses dadah dan apabila selesai sindiket ini akan berpindah ke lokasi lain.

"Kita turut merampas lapan buah kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM531,000.

"Semua suspek direman tujuh hari sehingga 5 jun ini dan kes disiasat dibawah Seksyeh 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada pemberita pada sidang media di IPK Kedah tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 3:58 PM