CHONG Wei (tengah)  bersama Mohd Al Jufri Jamari (kanan) membaca ikrar.
CHONG Wei (tengah) bersama Mohd Al Jufri Jamari (kanan) membaca ikrar.

Putrajaya: Datuk Lee Chong Wei berharap kontinjen negara dapat memenuhi sasaran 56 peratus pingat menerusi sebarang warna seperti yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jaguh badminton negara itu yang juga salah seorang atlet senior negara berkata, meskipun tiada sasaran spesifik untuk pingat emas seperti kebiasaannya, dia mengharapkan semua atlet negara yang akan mengambil bahagian dalam 35 acara mampu mencapai lebih daripada yang disasarkan.

“Sasaran itu sebenarnya bagus, terutama untuk atlet muda yang diberi peluang beraksi di Sukan SEA.

“Ia mungkin satu sasaran saja, tetapi saya mengharapkan kontinjen kita dapat mencapai keputusan lebih baik,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara semalam.

Mengulas sasaran empat pingat emas yang ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chong Wei berharap barisan pemain negara tidak berasa tertekan dengan sasaran itu.

“Saya percaya mereka mampu melakukan yang terbaik untuk Malaysia,” katanya.

Altet memanah Khairul Anuar Mohamad serta atlet terjun Leong Mun Yee beri tanggungjawab selaku pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara pada temasya kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 8:19 AM