Josiah sedih kereta hilang. FOTO fail HM/JH
Josiah sedih kereta hilang. FOTO fail HM/JH
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Kereta model Proton Wira milik pelakon, Josiah Hogan, 31, hilang dipercayai dicuri di Bandar Sri Damansara, di sini, hari ini.

Josiah yang juga pelakon filem Penanggal berkata, dia menyedari kereta berwarna kelabu itu hilang pada jam 10.15 pagi tadi.

“Ketika mahu keluar bekerja pagi tadi, saya dapati kereta berkenaan yang diletakkan di kawasan parkir di rumah saya tiada.

“Walaupun ia bukan kereta mewah, tapi saya sedih kerana itulah kereta yang digunakan untuk saya mencari rezeki sebelum ini.

"Ia sangat berjasa dan banyak wang sudah dihabiskan untuk kereta itu," katanya kepada Harian Metro.

Josiah berkata, dia juga sudah membuat laporan polis hari ini dan memuat naik status mengenainya di Facebook dengan harapan akan dapat menemui semula kereta itu dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 5:25 PM