QI (kanan) teruja kembali menyertai OAG. FOTO Ghazali Kori.
QI (kanan) teruja kembali menyertai OAG. FOTO Ghazali Kori.
Georgie Joseph


Pelakon dan pengacara, Qi Razali sanggup memperlahankan karier lakonannya semata-mata mahu memberi fokus terhadap persiapan band OAG yang bakal mengadakan konsert ulang tahun Ogos tahun depan.

Qi, 39, yang juga pemain dram asal band alternatif punk rock itu berkata, dia kembali bersama band yang turut dianggotai Radhi (penyanyi) itu bagi mengembalikan nostalgia peminat mereka.

Menurut pengacara Destinasi Bajet itu, dia sendiri memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tawaran berlakon hingga hujung tahun kerana mahu terbabit dalam mana-mana persembahan OAG.

“Memandangkan OAG bakal mengadakan konsert tahun depan, banyak kerja perlu kami lakukan. Ia termasuk mengadakan siri persembahan jelajah kecil-kecilan untuk meraih semula perhatian peminat lama,” katanya.

Qi berkata, kembalinya dia bersama OAG bukanlah sebagai anggota tetap, sebaliknya hanya terbabit untuk konsert yang dirancangkan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 5:07 AM