PEMAIN Terengganu Mohd Zubir Azmi (tengah) cuba melepasi kawalan empat pemain LionsXII pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
PEMAIN Terengganu Mohd Zubir Azmi (tengah) cuba melepasi kawalan empat pemain LionsXII pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Oleh Zaid Salim

Kuala Terengganu: “Saya harap FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) melakukan siasatan secara terperinci dan membuat keputusan sewajarnya.

“Jika terbukti pengadil melakukan kesilapan dan FAM tidak mengambil tindakan sewajarnya, kita (Terengganu) nekad menarik diri daripada meneruskan baki saingan dalam Liga Malaysia (Liga M),” kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Pendirian tegas Ahmad Razif itu sebagai jawapan kepada tindakan pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob membatalkan jaringan keempat Terengganu yang dikatakan ofsaid menyebabkan tercetusnya rusuhan penyokong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Sehubungan itu, saya juga sudah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menghantar surat bantahan secara rasmi kepada FAM untuk menyiasat perkara itu dan mengadakan perlawanan ulangan jika perlu,” katanya.

Dengan nada kesal, beliau melahirkan perasaan kecewa dengan mutu pengadil dari Perak yang disifatkan kurang bijak mengendalikan perlawanan besar seperti itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 5:09 AM