NIKON COOLPIX S6900.
NIKON COOLPIX S6900.
NIKON D750.
NIKON D750.
Oleh Afiq Hanif


Nikon kini mempunyai dua kamera masing-masing daripada kategori DSLR dan kompak melalui model D750 dan Coolpix S6900 yang ditawarkan kepada jurugambar amatur serta mereka yang ketagih 'selfie'.

Model D750 menjadi kamera 'full frame' paling kecil dan paling ringan yang pernah dibangunkan Nikon, namun langsung tidak menjejaskan kualiti imej kini di pasaran pada harga RM6,998 (badan kamera).

Menggunakan resolusi 24.3 megapiksel, enjin pemprosesan imej Expeed 4 dan keupayaan merakam video pada 1080/60p cukup membuktikan keupayaan kamera ini yang ditambah dengan sambungan WiFi siap terbina.

Jadi, untuk memindahkan foto anda ke laman sosial selepas rakaman bukan lagi masalah besar.

Manakala bagi Coolpix S6900, Nikon mempersembahkan fungsi fotografi tanpa memerlukan suntingan komplikated sesuai bagi mereka yang ingin mengambil potret diri yang cantik.

Kamera yang dijual pada harga RM998 ini mempunyai monitor LCD yang boleh diubah pada pelbagai sudut untuk merakam foto sukar.

Ia ditawarkan pada resolusi 16 megapiksel dengan lensa Nikkor yang menyokong zum optikal sehingga 12 kali.

INFO

NIKON COOLPIX S6900

Harga: RM998

Resolusi: 16MP

Lensa: Nikkor dengan zum optikal 12x

Sensor imej: 1 / 2.3 inci CMOS

Apertur maksimum: f/3.3,-6.3

Monitor: 3 inci

Media: SD

ISO: 125-6400

Sambungan: WiFi

Dimensi: 99.4 x 58 x 27.9mm

Berat: 181g

NIKON D750

Harga: RM6,988 (badan saja)

Resolusi: 24.3MP CMOS

Sistem fokus auto: 51 poin

Sistem meter: 91,000 piksel sensor RGB

ISO: 100-12,800

Kelajuan shutter: 1/4000

Slot kad memori: 2

LCD: 3.2 inci

Video: 1080p/60

Bateri: 1230 rakaman

Dimensi: 140.5 x 113 x 78mm

Berat: 755g

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:03 AM