Sony memperkenalkan model kamera a7R III Full Frame dengan lensa kamera boleh tukar 35mm yang beresolusi sehingga 42.4 megapiksel.
Berdasarkan Exmor R CMOS Image Sensor, ia berupaya merakam sehingga 10fps dengan ‘Silent Shooting’ atau ‘Mechanical Shutter’ serta Auto Focus penuh.
Tambah menarik, keupayaan merakam video pada resolusi 4K dengan jumlah piksel penuh dan tanpa ‘pixel binning’.
SPESIFIKASI:
SONY a7R III
Harga: RM14,888
Kesediaan: 13 Disember
Resolusi: 42.4MP Exmor R CMOS
Kelajuan rakaman: 10fps dengan AF/AE tracking
Video: rakaman 4K
Pemprosesan: Bionz X
ISO: 100 - 32000
Dynamic Range: 15 stop
Imej optikal: 5 axis