Nikon menawarkan dua kamera digital kepada pengguna yang gemar dengan aktiviti luar rumah.

Model S33 mempunyai ciri kalis air sehingga 10 meter, tahan gegaran (1.5 meter) dan kalis kotor serta sejuk dengan susunan butang besar mudah dioperasikan seisi keluarga.

Ia mempunyai fungsi yang digelar ‘Underwater Face Framing’ berfungsi di dalam air sebagai pengesan wajah dan merakam pantas.

Manakala AW130 pula ditambah dengan keupayaan merakam 16 megapiksel, sensor CMOS dan keupayaan merakam video HD penuh yang kemudiannya boleh dikongsi menggunakan WiFi atau NFC.

Berbeza dengan S33, kalis airnya menjangkau 30 meter dengan tahan gegaran sehingga 2.1 meter jika dijatuhkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 1:33 PM