NIKON lancar kamera DSLR D750 dan kamera kompak Coolpix S 6900. FOTO Asman Ibrahim
NIKON lancar kamera DSLR D750 dan kamera kompak Coolpix S 6900. FOTO Asman Ibrahim
KAMERA DSLR D750 adalah model paling ringan dan kecil daripada Nikon. FOTO Asman Ibrahim
KAMERA DSLR D750 adalah model paling ringan dan kecil daripada Nikon. FOTO Asman Ibrahim
Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor

norfaezahhmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nikon Malaysia Sdn Bhd mensasarkan jualan 4,000 unit kamera digital lensa tunggal refleks (DSLR) terbarunya, D750 dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Kamera berkenaan adalah unit paling ringan dan kecil pernah diciptanya dalam segmen DSLR keluaran Nikon dengan berat 750 gram saja.

Teknologi ini dicipta dengan ciri-ciri yang sesuai dengan trend masa kini termasuk WiFi, sensor RGB 91k piksel selain mampu merakam sehingga 6.5 gambar sesaat (frames per second) bagi format FX dan DX.

D750 yang disediakan dengan kemampuan setinggi 24.3 megapiksel ini juga mempunyai kadar ISO serendah 50 dan setinggi 5,200.

Ia diletakkan pada harga RM6,998 dan boleh didapati di pasaran sejak Selasa lalu.

Satu lagi kamera khusus untuk 'selfie' diperkenalkan pada harga RM998 iaitu Coolpix S6900 dalam tiga warna iaitu merah jambu, putih dan hitam.

Coolpix S6900 dibekalkan dengan zum optikal 12X, rangkaian WiFi dan NFC serta ciri ‘Glamour Retouch Effects’.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 September 2014 @ 5:13 PM