Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Sejak cahaya mata sulung mereka, Nur Afrina Arianna dilahirkan pada 16 Februari lalu, belum pernah lagi pasangan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia mempamerkan wajahnya kepada masyarakat umum.

Puas dipujuk oleh peminat yang meminta pasangan ini memuat naik wajah Afrina di laman sosial, namun, mereka tetap dengan pendirian untuk tidak berbuat demikian sehingga usianya mencecah 40 hari.

Apa yang dijanji akhirnya dikotakan apabila Fizz dan Almy mengadakan majlis cukur jambul dan akikah Afrina di sebuah kediaman mewah di Titiwangsa pada hari minggu lalu dan pihak media dibenarkan mengambil gambar puteri mereka tanpa sebarang halangan.

Almy berkata, majlis ini diadakan sempena genap usia setahun perkahwinan mereka. Dia juga membuka rahsia kenapa beria-ia merahsiakan wajah Afrina dari tatapan umum sebelumnya.

"Cukup setahun kami berkahwin dan Fizz memilih tarikh ini untuk mengadakan majlis cukur jambul dan akikah sekaligus memperkenalkan Afrina kepada masyarakat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2015 @ 6:45 AM