Almy bersama anak sulungnya Nur Afrina.
Almy bersama anak sulungnya Nur Afrina.
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Petaling Jaya: Pelakon, Almy Nadia mengesahkan dia kini hamil anak kedua dan usia kandungan mencecah dua bulan.

Menurut Almy, meski pun mengetahui berita gembira itu dua bulan lalu, dia belum bersedia mendedahkannya kepada umum.

"Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki. Kandungan sudah mencecah tujuh minggu. Jadi, doakan semoga semuanya berjalan lancar.

"Pada peringkat permulaan ini, alahan seperti biasa. Namun tidak seteruk mengandungkan anak sulung," katanya yang ditemui pada Malam Gala Filem Munafik, di sini sebentar tadi.

Kata Almy, dia tidak kisah soal jantina anak kedua ini asal sihat dan sempurna.

Isteri pelakon Fizz Fairuz ini dijangka bersalin awal Oktober depan.

Anak sulung pasangan ini, Nur Afrina Arianna kini berusia setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 9:54 PM