PEMAIN Johor DT tetap berlatih walaupun tanpa kehadiran Hodak.
PEMAIN Johor DT tetap berlatih walaupun tanpa kehadiran Hodak.

Johor Bahru: Bukan menidakkan keupayaan Bojan Hodak membimbing Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sebaliknya pasukan itu perlu berubah dengan corak permainan lebih konsisten apabila melantik Roberto Carlos Mario Gomez atau sinomin dengan panggilan Mario Gomez melatih skuad Harimau Selatan.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada sidang media mengumumkan pelantikan jurulatih kelab dari Hong Kong, South China FC, Gomez yang berasal dari Argentina mengambil alih tugas Hodak yang direhatkan.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, corak permainan tidak konsisten ketika beraksi di laman sendiri dan tempat lawan menyaksikan Johor DT memerlukan pembaharuan dengan membawa masuk bekas penolong jurulatih kelab Sepanyol dan kelab Series A Itali, Inter Milan untuk mengubah corak permainan pasukan itu.

“Gomez akan tiba di Johor Bahru, Jumaat ini dan akan memulakan tugas selaku ketua jurulatih dan saya agak terkejut apabila dia mahu menggunakan khidmat jurulatih tempatan untuk membantunya. Jurulatih penjaga gol Johor DT II Khairul Azman akan ditugaskan melatih penjaga gol Johor DT dan buat masa ini Ismail Ibrahim memangku tugas selaku jurulatih Johor DT.

“Perjumpaan saya dan Gomez sudah diadakan beberapa kali dan dia amat teruja apabila saya memberitahu kepadanya perancangan jangka panjang terutama program pembangunan dan dia sedia membantu merealisasikan perancangan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2015 @ 5:11 AM