Alistair (kiri) umum Mora pengendali baru JDT. FOTO HM/JST
Alistair (kiri) umum Mora pengendali baru JDT. FOTO HM/JST
Rizar Mohamad Noor


Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim II (Johor DT II), Benjamin Mora secara rasmi dilantik ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (Johor DT) bagi mengharungi kempen Liga Super pada musim ini.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards berkata, perbincangan diadakan bersama pemilik Johor DT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Mario Gomez, baru-baru ini dan kata sepakat membabitkan kedua-dua pihak berjaya dimuktamadkan.

"Benjamin (Mora) mengambil tugas selaku jurulatih untuk membimbing JDT pada musim ini bagi menggantikan Mario (Gomez) dan beliau memulakan tugas bermula hari ini.

"Langkah perubahan itu dibuat adalah merupakan falsafah dalam kelab Johor DT untuk meningkatkan lagi mutu permainan bola sepak, malah apa jua keputusan menerusi hasil mesyuarat. Malah perubahan juga untuk mengubah taktikal yang baharu untuk mengharungi saingan liga.

"Selain itu, Mora juga mendapat pendedahan terbaik ketika menjalani latihan di kelab La Liga, Atletico Madrid dan ia mampu beri perubahan buat JDT mengharungi saingan liga elit domestik dan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 9:08 PM