SAM Bunkface kongsi minat melancong bersama suri hidupnya.
SAM Bunkface kongsi minat melancong bersama suri hidupnya.
Oleh Norhayati Nordin


Meskipun hubungan mereka bermula sebagai sahabat namun keperibadian diri Aida Azira Husin yang suka pada kesederhanaan berjaya menambat hati vokalis Bunkface, Sam untuk menjadi suri hidupnya.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Abdul Rahman, 28, dan Aida, 28, mengikat pertunangan enam bulan lalu dan kelmarin mereka selamat disatukan sebagai suami isteri dalam majlis ringkas tetapi meriah.

Ditemui selepas majlis pernikahan itu, Sam berkata, dia sangat bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar. Katanya, segala persiapan untuk majlis itu dilakukan mereka dalam tempoh singkat.

“Kini, segala debaran sudah berakhir dan sekarang kami sah menjadi pasangan suami isteri. Saya menerima Aida sepenuh hati hadir dalam kehidupan saya kerana dia seorang yang memahami dan bersederhana.

“Selain itu, sikap matangnya juga membuatkan saya sangat selesa dalam hubungan kami. Ditambah, kami turut memiliki minat yang sama suka melancong dan itu membuatkan hubungan jadi serasi,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2015 @ 5:01 AM