Ayda Jebat
Ayda Jebat
Oleh Shakilawati Abd Rahman


Sokongan peminat yang tidak berbelah bagi adalah penyumbang penting dalam kelangsungan kerjaya golongan selebriti. Suka atau tidak, hakikat itu diakui ramai penggiat seni, bahkan ada antara mereka menyifatkan peminat sebagai tulang belakang selain keluarga.

Antara yang sering dilihat melayan dan menghabiskan masa bersama peminat adalah pendatang baru yang kian menjadi sebutan ramai, Ayda Jebat.

Pelakon ini yang mencipta populariti menerusi drama Rindu Awak 200% hingga mengungguli kategori Top Top MeleTOP (wanita) dan Artis Baharu MeleTOP Anugerah MeleTOP Era 2015 pada Februari lalu, tidak meletakkan sebarang jurang antaranya dan peminat.

Sesiapa saja boleh mendekati, malah salam persahabatan yang dihulur pasti disambut dengan hati terbuka. Begitulah terbukanya Ayda yang kini hangat dengan drama Suami Sebelah Rumah dan Isteri Separuh Masa.

Bicara Ayda ramah ketika bertandang ke Balai Berita, baru-baru ini. Katanya, peminat dianggap seperti keluarga, jadi kenapa perlu diletakkan had atau wujud istilah kekok untuk bergaul mesra.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 5:17 AM