Makin lama makin akrab dua artis ini. Seorang dari program Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Azri dan seorang lagi dari program Mentor, Salma.

Apabila memuat naik gambar di laman Instagram pun nampak mesra semacam. Ambil gambar rapat-rapat sampai kepala berlaga kepala. Sekali tengok, mereka berdua seperti kembar siam.

Banyak kali juga Cik Pang tengok gambar yang mereka rakamkan berdua. Ibaratnya, ke mana saja pergi pasti bersama ibarat belangkas.

Sebelum ini memang Cik Pang dengar cerita yang Azri rapat dengan Salma, tapi mung-kin mereka sekadar kawan biasa.

Pernah juga teman Cik Pang bertanya Azri sebelum ini me-ngenai keakrabannya dengan Salma, tapi katanya mereka hanya kawan rapat.

Namun itu dulu, mana tahu sekarang ini persahabatan yang terjalin berubah menjadi cinta. Bagi Cik Pang, tak salah pun jika mereka benar-benar bercinta kerana masing-masing solo.

Cuma kalau ditanya nanti, jangan masing-masing menafikan. Sebabnya kalau dah dalam Instagram pun gambar menunjukkan mereka berlaga kepala, takkan kawan biasa nak buat perkara begitu. Selalunya orang bercinta saja yang suka berbuat demikian. Tak gitu?

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:01 AM