Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Panas berpanjangan! Begitulah ibaratnya perjalanan hidup pelakon cantik Emma Maembong yang tidak lekang dikaitkan dengan gosip. Usai kisah putus cintanya dengan Zizan Razak, dia dikaitkan pula mempunyai hubungan dengan Kamal Adli.

Bukan kecil-kecil gosip yang disebarkan. Dia dikatakan berkunjung ke rumah keluarga Kamal baru-baru ini serta merancang untuk berkahwin. Namun, Emma pantas menafikan dan menganggap cerita itu sengaja diada-adakan.

Jika tidak kuat dan tabah, tidak mustahil pelakon bernama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 23, yang kini tampil dengan drama Isteri Separuh Masa di Astro Ria ini akan tumbang dan menyerah kalah.

Kebetulan Emma dan Kamal akan digandingkan menerusi drama 30 episod, Jodoh Sebelah Pintu yang akan memulakan penggambaran April ini, sudah tentunya gosip berkaitan mereka akan bertebaran lagi.

"Saya tak mahu perkara itu diperkatakan lagi. Perancangan untuk menggandingkan kami berdua sebenarnya sudah dibuat lama dan bukannya kerana gosip ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 6:43 AM