Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi tabit hormat sebelum menuruni Tangga Agong berangkat menaiki kenderaan rasmi untuk berarak di sekitar bandar raya Johor Bahru selepas Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar bagi bertemu rakyat. FOTO Aizuddin Saad

Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden berlangsung gilang gemilang di Istana Besar, di sini, pagi tadi.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Kerajaan Johor di kepala Sultan Ibrahim Iskandar pada 10.10 pagi.

Tahrir kemudiannya meletakkan Mahkota Permaisuri di kepala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sekali gus dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri itu.

Baginda dan Raja Zarith sebelum itu berarak dari Istana Bukit Serene pada jam 9.20 pagi sebelum tiba di Istana Besar Johor 15 minit kemudian.

Selesai istiadat itu, baginda berarak mengelilingi bandar raya ini sejauh kira-kira tujuh kilometer untuk meraikannya bersama rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 11:02 AM