Oleh Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan diadakan pada 23 Mac depan.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Sultan Ibrahim turut berkenan memberi satu gelaran baru kepada isteri baginda, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor yang pertama kali digunakan dalam negeri ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya sembilan istiadat kemahkotaan itu akan diadakan bermula 16 Mac dan sambutan perayaan dijangka berterusan selama tiga bulan.

Menurutnya, manakala 23 Mac diumumkan sebagai cuti umum bagi kerajaan Johor pada tahun ini.

"Istiadat kemahkotaan ini adalah eksklusif tetapi mengandungi ciri-ciri yang pernah dilakukan dalam istiadat sebelum ini bagi mengekalkan dan memperkayakan budaya istana," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 5:04 PM