FASHA kian ceria  dengan kelahiran Raysha Jemaima.
FASHA kian ceria dengan kelahiran Raysha Jemaima.
Oleh Georgie Joseph


Meniti fasa keibuan sekarang ini, tumpuan aktres berbakat besar Fasha Sandha, 30, ternyata berbelah bagi antara mengutamakan keluarga terutama anak-anak mahupun karier lakonannya. Baik cabaran bidang seni atau bergelar ibu, cabarannya berbeza dan pelakon terbabit semestinya perlu bijak menguruskannya.

Apa lagi, sudah mempunyai dua cahaya mata sekarang ini iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima, perhatiannya kena lebih kepada mereka memandangkan kedua-duanya masih kecil. Terutama sekali Raysha yang masih menyusu badan, sebolehnya Fasha kena sentiasa berada di sampingnya.

Apapun, menurut pelakon Selamat Pengantin Madu itu, dia sebaliknya cukup seronok menjalani kehidupan seorang ibu kini. Terserlah di wajahnya bercerita betapa dia bahagia dikurniakan dua cahaya mata yang semestinya menyerikan lagi rumah tangganya bersama suami tercinta, Rizal Ashram Ramli.

Jelas, kehidupannya kini lengkap dapat bermanja dengan mereka di samping menguruskan perkara lain termasuklah perniagaan serta jadual lakonannya. Namun, di sebalik kebahagiaan terpancar itu yang turut kerap dikongsikannya kepada peminat di laman sosial, bagaimana pula agaknya cerita sebenar menjadi ibu?

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:13 AM