MAYAT dipercayai lelaki dalam keadaan sudah mereput. FOTO Amir Irsyad Omar
MAYAT dipercayai lelaki dalam keadaan sudah mereput. FOTO Amir Irsyad Omar
Oleh Salman Hamat


Nibong Tebal: Mayat dalam keadaan mereput dipercayai lelaki ditemui di kawasan hutan di Kampung Sethu, Nibong Tebal, 10.17 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Mazlan Kesah berkata, mayat berkenaan ditemui pekerja asing sebuah tapak pembinaan berhampiran yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

"Mayat berkenaan ditemui dengan keadaan tangan diikat menggunakan tali manakala leher dijerut menggunakan kain.

"Berdasarkan keadaannya mayat berkenaan sudah 80 peratus mereput," katanya.

Mazlan berkata, mayat berkenaan lengkap masih lengkap memakai seluar jeans panjang warna hitam bertali pinggang dan tidak berkasut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 1:11 PM