MOHD Yahya dipeluk ibu saudara Sharifah Azizan ketika ditemui.
MOHD Yahya dipeluk ibu saudara Sharifah Azizan ketika ditemui.
Oleh Zuliaty Zulkiffli


Jitra: "Naluri saya kuat mengatakan anak saya yang hilang sejak petang semalam (kelmarin), masih berada di Hutan Lipur Bukit Wang ini. Alhamdulillah, dia ditemui selamat walaupun masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Dengan iringan doa, bacaan Yasin dan solat hajat di lokasi pencarian malam tadi (kelmarin), dia selamat ditemui," kata Sahidah Azizan ibu Mohd Yahya Ahmad Bakri, 24, yang ditemui pada jam 10.15 pagi semalam, tiga kilometer (km) di hilir Sungai Bukit Wang dari lokasinya dilaporkan hilang petang kelmarin ketika berkelah bersama keluarga.

Sebaik mangsa ditemui, keluarga, terutama ibu bapanya, Ahmad Bakri Rejab, 55, kelihatan sebak dan berpelukan.

Mangsa ditemui tidak bermaya di kawasan sungai oleh penduduk kampung kebetulan melalui kawasan itu. Ketika ditemui dia hanya berseluar panjang tanpa baju dan tidak berkasut.

Sahidah, 52, berkata, dia gembira sebaik anak kedua daripada tujuh beradik itu diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:17 AM