FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Klang: Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat dua sebuah pusat beli belah di Bukit Tinggi, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia kerana kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama seorang adiknya naik ke tingkat dua pusat beli belah berkenaan.

Katanya, sebaik berada di tingkat dua, mangsa mengajak adiknya berjoget sebelum beliau memanjat pagar dan terjun ke tingkat bawah pusat beli belah berkenaan.

"Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mengalami masalah mental sejak tiga tahun lalu dan mayat di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 10:32 AM