MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan Polis
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan Polis
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Klang: Dua remaja lelaki masing-masing berusia 14 tahun maut selepas motosikal ditunggangi bergesel sesama sendiri sebelum terjatuh di Telok Gadong Kecil, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, kedua-dua mangsa dipercayai berlumba bersama seorang lagi lelaki yang melarikan diri selepas kejadian.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Sampornak Ismail berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Wan Muhammad Syahril Wan Hussain dan Nedi Yusra Azmal.

"Ketika tiba di lokasi kejadian kedua-duanya bergesel menyebabkan mereka terjatuh.

"Motosikal mangsa pertama (Wan Muhammad Syahril) bertembung dengan lori yang kebetulan lalu di tempat kejadian.

"Kedua-dua mangsa maut di lokasi dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 1:20 PM