PEMAIN Pahang R Gopinathan (kuning)  dihalang pertahanan Global FC, Sato Daisuke dalam saingan di Stadium Darul Makmur. FOTO Zulkepli Osman

PEMAIN Global FC, Curt Dizon (kanan) cuba mengasak ke arah gol Pahang FA pada perlawanan di Stadium Darul Makmur. FOTO Farizul Hafiz Awang
PEMAIN Global FC, Curt Dizon (kanan) cuba mengasak ke arah gol Pahang FA pada perlawanan di Stadium Darul Makmur. FOTO Farizul Hafiz Awang
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

Kuantan: Pahang gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dengan sekadar terikat tanpa jaringan ketika menentang kelab Filipina, Global FC pada aksi kedua saingan Kumpulan G Piala AFC di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.

Turun tanpa dua tonggak utama, Matias Conti akibat tidak sempat pulih daripada kecederaan dan kapten pasukan Mohd Razman Roslan yang digantung perlawanan kerana menerima kad merah ketika bertemu Yadanarbon FC, tidak menghalang Pahang untuk menguasai perlawanan.

Skuad Zainal Abidin Hassan yang masih segar dengan kemenangan ke atas Sime Darby FC 2-0 pada saingan Liga Super Sabtu lalu membentuk gerakan berbahaya bagi memburu gol awal dan hampir memecah kebuntuan namun rembatan kencang oleh penyerang Mohd Fauzi Rozlan pada minit ke-8 dan minit ke-13 tepat ke dakapan penjaga gol Global GC, Jun Badelic.

Skuad pelawat bimbingan Dan Padernal yang sebelum ini dibelasah 6-1 pada pertemuan pertama dengan kelab Hong Kong, South China FC hampir mencemaskan tuan rumah apabila rembatan kencang ketua pasukan Mark Hartmann pada minit ke-41 tetapi dinafikan kecekapan penjaga gol Pahang, Khairil Azhan Md Khalid.

Bersambung ke babak kedua, Pahang terus mencuri tumpuan dengan gerakan solo Mohd Fauzi Roslan namun dari dalam kotak penalti pada minit ke-70 melambung tinggi.

Tuan rumah terus mengasak ke kubu tuan rumah tetapi gagal untuk membolosi gawang lawan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Selepas ini, Pahang dijadualkan bertemu dengan South China FC di Hong Kong dalam aksi ketiga saingan Kumpulan G pada 15 April depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 11:01 PM