Baru-baru ini, seorang teman menyampaikan kepada SS kisah seorang artis yang terpaksa mengaku rakan kepada pasangan pengantin gara-gara menemani kekasih hatinya.

SS yang mendengar cerita itu hanya mampu tersenyum lebar dan tidak sangka demi kasih membuak-buak, artis itu sanggup mengaku dirinya rakan pengantin.

Pada hal realiti sebenarnya, kata teman itu, pasangan pengantin berkenaan tidak pernah pun mengenali artis itu melainkan kekasihnya.

Tak dinafikan dalam senyum SS juga sebenarnya tak menduga artis itu sanggup bertindak demikian. Hanya kerana mahu berada di sisi kekasih, jadi kawan kepada pengantin pun tak apa.

Menurut teman SS, yang pasti kehadiran artis itu menjadi buah mulut dalam kalangan keluarga dan rakan pasangan pengantin yang lain.

Mana tidaknya, sejak bila pula pengantin itu berkawan baik dengan artis berkenaan. Tak ada pokok yang bergoyang tanpa angin, tiba-tiba saja artis itu kenal rapat dengan pengantin.

Dalam soal ini, SS hanya mampu mengatakan bahawa cinta mampu menjadikan orang tidak dikenali sebagai rakan. Asalkan, yang penting artis itu hadir di sisi kekasihnya.

Kalau sudah begitu sekali perjalanan kisah cinta artis ini dan kekasihnya, SS doakan mereka cepat melangkah ke jenjang pelamin.

Tak perlulah ditangguh lama-lama lagi kalau hati sudah suka sama suka. SS hanya mahukan pengakhiran terbaik dalam hubungan cinta artis itu dan kekasihnya.

SS: Tak sabar tunggu kad kahwin Amir Raja Lawak, I'm sorry.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:01 AM