PEMAIN Johor DT (berjersi biru) meraikan jaringan Asraruddin pada aksi menentang Balestier Khalsa FC di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
PEMAIN Johor DT (berjersi biru) meraikan jaringan Asraruddin pada aksi menentang Balestier Khalsa FC di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
Oleh Rizar Mohd Noor

Singapura: Asraruddin Putra Omar muncul wira apabila meledak jaringan pada masa kecederaan bagi membolehkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menewaskan kelab Singapura Balestier Khalsa FC, 1-0 pada aksi kedua peringkat kumpulan Piala AFC di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Rombakan ketua jurulatih Johor DT Bojan Hodak yang meletakkan Safiq Rahim, Marcos Antonio, S Kunanlan, Hariss Harun serta penjaga gol utama Farizal Marlias di bangku simpanan tidak menjejaskan rentak permainan Harimau Selatan yang tetap mengancam kubu lawan.

Walaupun tanpa kelibat tonggak utama, permainan tetap dikuasai Johor DT apabila mengatur beberapa gerakan berbahaya hingga memaksa pertahanan Balestier Khalsa FC bekerja keras mengekang asakan pelawat.

Kapten Amri Yahyah hampir memecah kebuntuan pada minit ke-23 selepas menanduk kemas hantaran lintang Nazrin Nawi, namun palang menjadi penghalang ketika penjaga gol Zaiful Nizam Abdullah sudah tertewas.

Sedar betapa anak didik Hodak begitu rakus mengawal perlawanan, barisan pemain skuad bimbingan Marko Kraljevic cuba mengambil kesempatan daripada kesilapan tolakan ke belakang Junior Eldstal, namun Mohd Fadhli Shas pantas menghalang rembatan Miroslav Kristic.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 6:52 AM