Syanty Octavia Amry


Masing-masing punya aura sendiri dalam menarik perhatian penonton terhadap lakonan yang dipersembahkan. Namun, sebagai manusia tidak semua yang dilakukan itu disukai ramai.

Seorang dilabel suka tergedik-gedik dan seorang lagi membataskan wataknya tidak mahu babak romantik yang keterlaluan, pelakon Ayda Jebat dan Izzue Islam punya sebab tersendiri mengapa perkara itu terjadi.

Pertama kali disatukan dalam drama bersiri sebagai pasangan suami isteri, drama Suami Sebelah Rumah untuk slot Iris di TV3 itu menyatukan mereka dalam situasi yang berbeza.

Ini kerana, lazimnya memegang watak suami isteri pasti banyak babak romantis membabitkan aksi atas katil dan berpeluk dilakukan, namun atas permintaan Izzue yang enggan melakukan babak berkenaan, setiap babak dilihat lebih cantik dan menarik hasil garapan pengarah dan penerbitnya, Jinggo dan Sheila Rusly.

Bertemu ahli kumpulan Forteen itu, Izzue berkata, dia bukan sengaja berbuat demikian, sebaliknya sebagai lelaki yang sudah beristeri dia perlu menjaga batas supaya tidak menyentuh hati mana-mana pihak termasuk isterinya sendiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 5:15 AM