SEBAHAGIAN atap yang diterbangkan angin. FOTO ihsan Polis
SEBAHAGIAN atap yang diterbangkan angin. FOTO ihsan Polis
SEBAHAGIAN atap yang diterbangkan angin. FOTO ihsan Polis
SEBAHAGIAN atap yang diterbangkan angin. FOTO ihsan Polis
Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Nilai: Beberapa atap di Balai Polis Nilai di sini, rosak teruk selepas diterbangkan angin dalam hujan lebat dan ribut, petang tadi.

Kejadian 3 petang itu mengakibatkan atap di surau, kuarters dan pejabat pegawai penyiasat tercabut diterbangkan angin sebelum tersangkut pada pokok dan terjatuh atas jalan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian itu turut menyebabkan bahagian dalam pejabat dimasuki air hujan.

Katanya, beberapa dokumen dan peralatan pejabat basah.

Bagaimanapun, Abdullah berkata, nilai kerosakan masih belum dikenal pasti dan laporan polis sudah dibuat berkaitan kerosakan harta kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 7:49 PM