KEADAAN rumah penduduk yang terjejas. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN rumah penduduk yang terjejas. FOTO Ihsan Pembaca
Omar Ahmad


“MEMANG takut, bunyi angin sangat kuat,” kata Sumi Isnin, 50, penduduk Taman Desa Permai, Kangkar Pulai, Iskandar Puteri, selepas perumahan itu,

dilanda ribut, semalam.

Difahamkan, ribut itu menyebabkan atap lima rumah di perumahan berkenaan diterbangkan angin.

Menceritakan kejadian, suri rumah itu berkata, ketika itu, dia sedang berehat di dalam rumah.

Katanya, kira-kira 6.30 petang, angin kencang dengan hujan lebat menyebabkan atap rumahnya rosak.

“Memang takut... atap di bahagian dapur dan bilik saya diterbangkan angin,” katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tiada individu yang cedera akibat kejadian berkenaan.

“Walaupun banyak rumah mengalami kerosakan, tiada jiran yang cedera.

“Ada rumah yang atapnya diterbangkan angin sehingga ke tengah jalan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 9:17 AM